Wednesday, 11 January 2012

Ubah terus kod pada server anda dengan Notepad++

Notepad++ didatangkan dengan plugin NppFTP, di mana anda boleh menyunting kod laman web anda dan upload perubahan yang dibuat secara automatik. Malah anda juga boleh browse struktur direktori dan fail yang terdapat pada server anda.
Ikuti langkah-langkah mudah di bawah untuk menggunakan NppFTP:
1. Pergi ke menu Plugins > Show NppFTP Window
2. Pada tetingkap NppFTP, klik pada ikon gear dan pilih “Profile settings”
3. Klik pada butang “Add new” untuk menambah akaun FTP.
4. Berikan nama bagi profail baru anda.
5. Isikan pada kotak Hostname, Username, dan Password dan tekan Close.
6. Kembali pada tetingkap NppFTP, klik pada ikon Connect dan pilih profail yang baru anda bina tadi.
7. Setelah sambungan dibuat, anda boleh browse fail dan direktori pada server dan mula menyunting mana-mana fail. Apabila anda Save fail tersebut, perubahan akan terus dihantar pada server.

No comments:

Post a Comment