Wednesday 11 January 2012

Bawa koleksi buku anda pada apa jua peranti dengan Kindle

Semenjak hari pertama saya mengenal buku digital, saya tetap berpegang teguh pada pendapat yang ia tidak mungkin dapat menggantikan buku sebenar. Mana mungkin perasaan memegang, menyelak, membaca buku fizikal itu dapat digantikan dengan buku digital, kan?
Namun semenjak saya cuba untuk mengamalkan gaya hidup minimalis, kelebihan e-book semakin terserlah. Bukan sahaja ia membantu dalam menyelamatkan alam sekitar, malah dapat menjimatkan ruang apabila saya gantikan semua buku fizikal yang ada dalam bilik saya dengan versi digital.
Walaupun begitu, masih sukar untuk saya beralih kepada buku digital sepenuhnya sehinggalah saya berjumpa dengan aplikasi Kindle.

Kindle – koleksi buku anda pada pelbagai peranti

Kindle merupakan aplikasi yang dibina oleh Amazon untuk membaca serta menguruskan koleksi buku digital anda. Ia boleh dipasang pada semua peranti – termasuklah Windows, Mac OS, Android, dan iOS.
Penyelarasan pada semua peranti
Kindle - Koleksi buku
Sekiranya anda memasang Kindle pada dua (atau lebih) peranti yang berbeza, segala buku anda akan diselaraskan secara automatik menggunakan akaun Amazon anda. Apa yang lebih hebat lagi, segala bookmark, highlight, dan mukasurat terakhir yang dibaca pun akan diselaraskan pada semua peranti.
Berbeza dengan iBooks (pada iPhone dan iPad) yang memerlukan anda menyambungkan wayar secara fizikal kepada Mac (menyusahkan); Kindle hanya memerlukan sambungan Internet dan segala koleksi buku anda akan diselaraskan secara automatik.
Saiz mukasurat disesuaikan mengikut saiz skrin
Kebanyakan aplikasi pembaca PDF (termasuklah iBooks) memaparkan buku digital pada saiz mukasurat yang tetap, dan ini bermakna ianya berada dalam posisi menegak (portrait) dan sangatlah tidak sesuai bagi skrin komputer anda yang berada dalam posisi melintang (landscape). Hasilnya, akan terdapat banyak ruang yang dibazirkan di kiri dan kanan skrin.
PDF - Saiz yang kekok
Kindle menyelesaikan masalah ini dengan menyesuaikan saiz mukasurat mengikut saiz skrin secara automatik. Tidak kisahlah samada anda membaca Kindle anda pada komputer, tablet, mahupun telefon pintar; Kindle akan menggunakan ruang skrin yang ada sepenuhnya. Malah anda boleh menetapkan saiz aksara dan jumlah perkataan bagi setiap baris secara manual.
Kindle - Saiz yang sempoi
Kindle - Tetapkan saiz aksara
Beli buku secara online menggunakan akaun Amazon anda
Gunakan akaun Kindle anda untuk membeli daripada pelbagai pilihan tajuk yang terdapat di laman web Amazon. Namun harus diingat yang pasaran US berbeza dengan pasaran Malaysia. Jadi jika anda ingin membeli dari pasaran US (ataupun dari mana sahaja selain Malaysia), anda mungkin perlu menggunakan proxy.
Oleh kerana setiap buku yang terdapat pada Kindle saya adalah dibeli, jadi saya lebih menghargainya. Berbeza dengan dengan fail-fail PDF yang diambil percuma dari Internet (selalunya cetak rompak), ianya boleh dibuang bila-bila masa sahaja.
Fungsi-fungsi lain
  • Lompat dari satu bab ke bab yang lain dengan mudah.
Kindle - Lompat kandungan
  • Tandakan bookmark (keseluruhan mukasurat) atau highlight (ayat yang tertentu sahaja)
Kindle - Bookmark dan highlight
  • Buat carian dan segala hasil carian akan dipaparkan di bahagian kiri
Kindle - Carian
  • Kindle akan mengingati mukasurat terakhir yang anda baca, malah boleh menyelaraskannya pada peranti yang lain
Kindle - Mukasurat terakhir
Kesimpulan
Kindle adalah aplikasi yang dibina dengan sangat teliti bagi memastikan ianya menyediakan segala fungsi yang anda perlukan, dan tidak lebih dari itu. Kebolehannya untuk menyelaraskan segala koleksi buku, bookmark, dan highlight pada setiap peranti juga adalah sangat penting; terutamanya bagi generasi sekarang yang mempunyai lebih daripada satu gajet. Disokong oleh gergasi besar Amazon, Kindle menjadikan pengalaman membeli serta menguruskan buku-buku digital anda menjadi sangat mudah.
Muat turun aplikasi Kindle anda di sini.

No comments:

Post a Comment