Monday 30 January 2012

Gunakan GMail Bersama Akaun Emel Lain, Elakkan Spam



GMail merupakan servis emel kegemaran saya kerana fungsi-fungsinya yang sangat memudahkan. Namun saya tidak pernah memberi alamat emel saya kepada orang lain kerana tidak mahu ia dipenuhi dengan spam. Sebaliknya, saya memasukkan emel POP3 yang lain ke dalam GMail.
Jika anda mempunyai sebarang emel POP3 (contohnya emel pada domain anda ataupun emel syarikat), anda juga boleh gunakannya bersama GMail.

Hantar Emel Melalui Akaun Lain

Anda boleh menghantar emel menggunakan akaun POP3 yang lain melalui GMail. Dengan ini, penerima hanya melihat alamat emel POP3 itu sahaja, dan bukan alamat emel GMail anda. Saya selalu menggunakan cara ini untuk mengelakkan spam.
Untuk memasukkan akaun POP3, pergi ke Settings > Accounts and Import. Klik pada butang “Send mail from another address”
Gmail dan POP3
Masukkan nama serta akaun emel tersebut, dan klik pada butang “Next Step”
Gmail dan POP3
Pilih “Send through GMail” dan klik pada butang “Next Step”
Gmail dan POP3
Klik pada butang “Send Verification”. GMail akan menghantar emel pada alamat emel yang anda telah masukkan tadi. Periksa emel tersebut dan klik pada link yang diberikan untuk mengaktifkan akaun POP3 ini di dalam GMail anda.
Gmail dan POP3
Selain klik pada link yang diberikan, anda juga boleh memasukkan kod pengesahan untuk mengaktifkan akaun POP3 tersebut.
Gmail dan POP3
Setelah akaun diaktifkan, anda sudah boleh menggunakannya untuk menghantar atau membalas emel.

Terima Emel Dari Akaun Lain

Anda juga boleh menggunakan GMail untuk menerima emel dari akaun POP3 yang lain. Pergi ke Settings > Accounts and Import. Klik pada butang “Add POP3 email account”
Gmail dan POP3
Masukkan alamat emel tersebut dan klik pada butang “Next Step”
Gmail dan POP3
Masukkan username dan password, serta ruang-ruang lain yang berkaitan dan klik “Add Account”
Gmail dan POP3
Setelah akaun berjaya ditambah, GMail akan mula mendapatkan emel yang dihantar kepada alamat tersebut, terus kepada inbox GMail anda.

Masukkan maklumat mengenai lagu secara automatik dengan Windows Media Player 12



Selalunya bila anda download lagu ataupun dapatkan daripada kawan, akan terdapat maklumat ID3 yang tidak lengkap seperti nama album, nama artis, dan kulit album.
Anda boleh menambah maklumat ini sendiri pada Windows Media Player 12, atau anda boleh biarkan WMP12 melakukannya secara automatik.
Terlebih dahulu, pastikan WMP12 boleh mendapatkan maklumat daripada Internet:
1. Pergi ke menu Tools > Options.
2. Tandakan pada kotak “Retrieve additional information from the Internet”
Ikuti langkah-langkah mudah ini untuk mengisi maklumat mengenai lagu-lagu anda secara automatik:
1. Klik kanan pada album dan pilih “Find album info”
2. Pilih hasil carian yang paling hampir dengan album yang anda pilih, dan tekan Next.
3. Pastikan pilihan anda betul, dan tekan Finish. Maklumat album akan dikemaskini.

Membuang bahagian video yang anda tidak mahu dengan Windows Live Movie Maker


Jika anda ingin mengeluarkan bahagian yang tertentu sahaja daripada sebuah fail video, anda boleh lakukannya dengan menggunakan Windows Live Movie Maker. Ikuti langkah-langkah di bawah:
1. Lancarkan Windows Live Movie Maker dan buka fail video yang anda ingin sunting.
2. Tetapkan permulaan bagi video, dan tekan pada butang “Set start point”
3. Tetapkan pengakhiran bagi video, dan tekan pada butang “Set end point”
4. Tekan pada butang “Save trim”
6. Klik pada butang “Save movie” dan berikan nama bagi fail video baru anda.
7. Tunggu sehingga proses selesai.

Cara untuk muat turun apa sahaja filem dan lagu



Dengan kelajuan Internet yang semakin pantas di Malaysia, pasar malam kini hanyalah tempat untuk membeli sate dan bukan lagi DVD cetak rompak. Nikmati kuah kacang kegemaran anda sambil menonton filem yang anda download menggunakan langkah-langkah di bawah:

Cara-cara untuk cari dan download movie/lagu dari Internet

1. Lancarkan jDownloader terlebih dahulu.
2. Buat carian di Internet menggunakan nama filem/lagu dan tambahkan perkataan ‘rapidshare’ Contohnya saya taipkan “Before Sunrise rapidshare” dan enjin carian akan memaparkan pelbagai hasil, klik mana-mana pautan yang diberikan (laman kegemaran saya adalah Filestube)
3. Salin pautan yang diberikan pada laman web tersebut. Jangan muat turun melalui pelayar web anda, sebaliknya gunakan jDownloader.
4. Pautan yang anda salin tadi akan ditangkap oleh jDownloader secara automatik, pada bahagian Linkgrabber. Klik pada butang ‘Play’ untuk memulakan muat turun.
Apa yang sangat berguna pada jDownloader adalah, ia akan mengatasi semua had dan masa menunggu yang selalunya diberikan oleh laman perkongsian fail seperti Rapidshare dan Megaupload. Jadi setelah anda memulakan muat turun, anda hanya perlu tunggu sehingga iany selesai. Namun terdapat juga sesetengah laman web yang memerlukan anda memasukkan captcha, yang mana anda boleh taipkan ia pada jDownloader itu sendiri.
Selain memasukkan perkataan Rapidshare pada enjin carian, anda juga boleh cuba laman web lain seperti Megaupload, Filesonic, dan banyak lagi. Untuk mencari lagu pula, Mediafire adalah laman web yang paling popular.
Jika anda disekat daripada membuka Filestube, Rapidshare, dan sebagainya – gunakankaedah Google DNS untuk melepasi sekatan itu.
Nota: Artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja, Sembang Komputer tidak menggalakkan anda untuk mendapatkan karya cetak rompak. Jika anda suka dengan filem/lagu yang anda dapati, belilah yang asli, dan Yusri KRU akan mengucapkan terima kasih kepada anda.

Tukarkan fail video kepada DVD dengan DVD Flick


Baru-baru ini saya diminta untuk menukarkan fail-fail video dari YouTube ke dalam sekeping DVD, untuk dimainkan oleh pemain DVD. DVD ini juga hendaklah diulang secara automatik dan berterusan.
Kebanyakan pemain DVD mempunyai fungsi ulangan mereka yang tersendiri, namun kadang-kala ia tidak berfungsi seperti yang diharapkan. Jadi lebih senang jika saya menetapkan ulangan tersebut pada DVD itu sendiri. Setelah mencuba pelbagai perisian, akhirnya saya berjumpa dengan DVD Flick yang mampu melakukan tugas ini.
DVD Flick adalah sangat mudah untuk digunakan. Anda boleh memasukkan video dengan menekan butang “Add title…” dan susun aturan video dengan butang “Move up”/”Move down”.
SNAGHTML1d639dd
Bagi memastikan DVD anda boleh dimainkan pada pemain DVD di Malaysia, tekan butang “Project Settings” dan tekan “Video”. Tetapkan “Target format” kepada “PAL”
Bagi memastikan DVD diulang secara automatik, tekan butang “Project Settings” dan tekan “Playback”. Tetapkan seperti berikut:
  • Pada bahagian “After a title has finished playing”, pilih “Play the next title”
  • Tandakan kotak “Loop to first title when done playing with last”
Apabila puas hati dengan video-video anda, tekan butang “Create DVD” untuk menghasilkan DVD.
DVD Flick boleh didapati secara percuma, jadi anda tidak perlu risau akan sebarang had atau watermark yang akan diletakkan pada DVD yang dihasilkan.

Catat dan cari nota secara mudah dengan ResophNotes


ResophNotes adalah sebuah aplikasi mencatat nota yang dilaksanakan dengan indah sekali. Keistimewaanya terletak pada betapa mudahnya untuk memulakan nota, serta mencarinya kembali.
Dua halangan terbesar dalam memulakan nota adalah memberi tajuk, dan menyimpan fail (sebab itulah kadang-kala kita lebih gemar mencatat nota di Sticky Notes berbanding Notepad/Word). ResophNotes menghapuskan halangan ini dengan cara berikut:
  • Tajuk bagi nota baru diberi secara automatik berdasarkan kandungan nota.
  • Nota akan disimpan secara automatik sambil anda menaip.
Untuk merujuk kembali nota yang lalu, anda tidak perlu menyemak satu-persatu nota yang telah ditulis, sebaliknya gunakan sahaja fungsi carian. Fungsi carian pada ResophNotes adalah sangat cemerlang kerana:
  • Hasil carian akan dipaparkan secara serta-merta sewaktu anda menaip.
  • Carian dibuat ke atas kandungan nota, jadi apa sahaja kata kunci yang anda gunakan untuk mencari, biasanya anda akan temui nota yang diinginkan.
  • Kotak carian adalah sama dengan kotak tempat anda memulakan nota baru, mengelakkan nota yang sama ditulis dua kali.
ResophNotes adalah contoh bagaimana sebuah perisian sepatutnya dibina, di mana saya tidak perlu fikir akan pengurusan nota seperti memberi tajuk atau menetapkan kategori/tag. Sebuah perisian yang bagus membenarkan anda menggunakannya tanpa perlu banyak memikirkan tentang perisian itu sendiri, supaya anda boleh menumpukan perhatian kepada tugas yang anda ingin lakukan.