Wednesday 11 January 2012

Disebabkan saiz skrin sentuhnya yang luas, iPad membuka pelbagai potensi bagi aplikasi yang berteraskan visual. Aplikasi seperti IMDB dan Fliboard adalah paling memuaskan jika dimainkan pada iPad (ataupun tablet yang serupa), bukan pada telefon pintar mahupun komputer. Saiz thumbnail yang besar, gambar/antaramuka berkualiti tinggi, serta ketiadaan elemen-eleman web yang menganggu; membuatkan kita lebih menghargai dan menikmati pengalaman menggunakan aplikasi tersebut. Biasanya saya jarang mencuba aplikasi pada iPad (saya hanya menggunaka iPad untuk membaca Kindle), namun baru-baru ini saya secara tidak sengaja telah memasang Aweditorium. Ianya merupakan aplikasi untuk meneroka muzik yang baru. Apa yang lebih menarik (dan amat penting buat Aweditorium) adalah ia sangat berteraskan visual. Cara untuk meneroka muzik adalah dengan memilih daripada ratusan thumbnail yang dipaparkan. Apabila lagu dipilih, Aweditorium akan memaparkan gambar tersebut memenuhi ruang skrin sambil memainkan lagu. Anda boleh memaparkan lirik ataupun membaca maklumat lanjut mengenai artis tersebut, tanpa mengganggu lagu. Saya dapati cara ini sangat berkesan dalam menggalakkan saya untuk mencuba muzik baru. Hanya sentuh pada imej yang menarik minat, dan lagu berkaitan akan didengarkan secara serta-merta. Berbeza dengan servis seperti Last.FM di mana saya banyak menghabiskan masa untuk menetapkan pilihan saya, namun akhirnya hilang minat pada hasil yang dipaparkan. Kurang 5 minit setelah mencuba aplikasi ini, saya sudahpun menjumpai dua lagu yang akan saya mainkan tanpa henti selama seminggu (maaflah pada rakan sekerja yang terpaksa duduk di sebelah saya). Aweditorium sememangnya aplikasi yang berjaya menggunakan daya visual untuk menjadikan pengalaman menggunakan aplikasi tersebut amat seronok dan berharga. Bagaimana pula anda mencari dan meneroka muzik baru? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen. Dapatkan Aweditorium untuk iPad di sini.

IMG_0058
Disebabkan saiz skrin sentuhnya yang luas, iPad membuka pelbagai potensi bagi aplikasi yang berteraskan visual. Aplikasi seperti IMDB dan Fliboard adalah paling memuaskan jika dimainkan pada iPad (ataupun tablet yang serupa), bukan pada telefon pintar mahupun komputer. Saiz thumbnail yang besar, gambar/antaramuka berkualiti tinggi, serta ketiadaan elemen-eleman web yang menganggu; membuatkan kita lebih menghargai dan menikmati pengalaman menggunakan aplikasi tersebut.
Biasanya saya jarang mencuba aplikasi pada iPad (saya hanya menggunaka iPad untuk membaca Kindle), namun baru-baru ini saya secara tidak sengaja telah memasangAweditorium. Ianya merupakan aplikasi untuk meneroka muzik yang baru.
Apa yang lebih menarik (dan amat penting buat Aweditorium) adalah ia sangat berteraskan visual. Cara untuk meneroka muzik adalah dengan memilih daripada ratusan thumbnail yang dipaparkan.
IMG_0055
Apabila lagu dipilih, Aweditorium akan memaparkan gambar tersebut memenuhi ruang skrin sambil memainkan lagu. Anda boleh memaparkan lirik ataupun membaca maklumat lanjut mengenai artis tersebut, tanpa mengganggu lagu.
IMG_0050
IMG_0053
Saya dapati cara ini sangat berkesan dalam menggalakkan saya untuk mencuba muzik baru. Hanya sentuh pada imej yang menarik minat, dan lagu berkaitan akan didengarkan secara serta-merta. Berbeza dengan servis seperti Last.FM di mana saya banyak menghabiskan masa untuk menetapkan pilihan saya, namun akhirnya hilang minat pada hasil yang dipaparkan.
Kurang 5 minit setelah mencuba aplikasi ini, saya sudahpun menjumpai dua lagu yang akan saya mainkan tanpa henti selama seminggu (maaflah pada rakan sekerja yang terpaksa duduk di sebelah saya). Aweditorium sememangnya aplikasi yang berjaya menggunakan daya visual untuk menjadikan pengalaman menggunakan aplikasi tersebut amat seronok dan berharga.
Bagaimana pula anda mencari dan meneroka muzik baru? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen.
Dapatkan Aweditorium untuk iPad di sini.

No comments:

Post a Comment