Wednesday 11 January 2012

Tangkap screenshot dengan mudah menggunakan Greenshot

Agak sukar untuk saya mencari perisian screenshot yang bagus dengan harga yang berpatutan. Sebelum ini saya menggunakan FastStone Capture dan SnagIt, namun harga kedua-duanya adalah agak mahal.
Mujurlah baru-baru ini saya berjumpa dengan perisian sumber terbuka yang dipanggilGreenshot. Dari segi fungsi yang ditawarkan, ianya sangat menyerupai FastStone Capture di mana anda boleh:
  • Menetapkan kawasan yang ingin ditangkap secara manual (Prt Scr)
  • Menangkap keseluruhan tetingkap (Alt + Prt Scr)
  • Menangkap keseluruhan skrin (Ctrl + Prt Scr)
_2011-10-10_10-31-03
Greenshot juga menyediakan editor untuk anda menyunting gambar yang telah ditangkap. Anda boleh menambah anak panah, garisan, perkataan, dan banyak lagi.
Greenshot image editor - Greenshot_2011-10-10_10-42-22.png_2011-10-10_10-54-31
Greenshot merupakan sebuah perisian yang sangat fokus dan minimal. Dari segi antaramuka, selain daripada editor, antaramuka Greenshot hanyalah sebuah ikon pada taskbar. Dari segi fungsi pula, Greenshot hanya memiliki fungsi yang penting sahaja dan tidak menyemakkan dirinya dengan fungsi-fungsi lain yang kurang berguna (seperti apa yang berlaku pada SnagIt). Yang paling penting sekali, Greenshot adalah percuma dan sumbernya adalah terbuka, sebab itulah ia menjadi perisian screenshot pilihan saya kini.
Apa yang saya harapkan pada versi Greenshot yang akan datang, adalah ia membenarkan anda untuk mengubah tetapan hotkey, serta menambah fungsi resize pada editor.
Adalah boleh muat turun Greenshot di sini.

No comments:

Post a Comment