Wednesday 11 January 2012

Bagaimana nak cari dan pasang sarikata bagi fail video

Saya ni rabun telinga orangnya, jadi bila menonton filem Inggeris di komputer, terkebil-kebillah saya cuba memahami apa yang dibualkan. Sebab itu perkara pertama yang saya buat apabila selesai download cerita wayang dari Internet, adalah mencari sarikatanya.
Sarikata ini boleh anda download dengan mudah. Contohnya, saya taipkan “Yes Man subtitle” dan enjin carian akan memaparkan pelbagai link. Pilih mana-mana link dan teruskan download (laman kegemaran saya adalah Subscene).
Fail yang anda download biasanya adalah dalam bentuk .zip. Buka fail ini untuk mendapatkan fail .srt, kemudian letakkan fail .srt tersebut ke dalam folder yang sama dengan fail video. Pastikan nama kedua-dua fail itu juga sama.
Gunakan pemain video seperti VLC bagi membolehkan sarikata ini dipadankan dengan fail video. Selamat menonton!

No comments:

Post a Comment