Wednesday 11 January 2012

Catatkan tugas dan temujanji pada Google Calendar

Senarai tugas yang perlu dibuat selalu gagal buat saya. Tiap kali saya melihat senarai yang telah saya tulis, saya jadi lemah semangat mengingatkan berapa banyak kerja yang perlu diselesaikan.

Catatkan tugas-tugas pada Google Calendar

Kini saya cuba untuk meletakkan tugas-tugas tersebut pada Google Calendar pula. Kebanyakan (jika tidak semua) tugas yang dilakukan di pejabat mempunyai tarikh siap yang tertentu, jadi saya letakkanya pada tarikh tersebut.
Anda boleh menghantar peringatan dari Google Calendar terus ke telefon bimbit anda. Pergi kepada Settings > Mobile Setup, dan masukkan nombor telefon anda di ruang yang disediakan.
Kaedah Google Calendar ini berbeza dari senarai tugas yang biasa, kerana anda hanya melihat tugas yang perlu anda buat pada hari tersebut sahaja, dan tidak terbeban dengan yang lain. Dengan ini, senanglah untuk anda menumpukan perhatian dan mengurangkan risau.

Catatkan temujanji pada Google Calendar

Google Calendar juga sangat sesuai untuk mencatatkan temujanji-temujanji anda. Semak ia sebelum membuat temujanji agar ia tidak berselisih dengan temujanji yang sedia ada.

Bagaimana anda menguruskan tugas-tugas anda?

Saya masih lagi dalam fasa ujikaji menggunakan Google Calendar, dan melihat bagaimana ia boleh membantu saya dalam kerja dan kehidupan seharian.
Bagaimana pula dengan anda, adakah anda menggunakan sebarang kaedah tertentu untuk meningkatkan kecekapan? Kongsi pengalaman dan pendapat anda dalam ruangan komen!

No comments:

Post a Comment