Wednesday 11 January 2012

Sembunyikan aplikasi anda dengan Tray It

Sewaktu bekerja dengan pelbagai aplikasi yang dijalankan, saya dapati tugas yang paling membazirkan masa saya adalah bertukar di antara tetingkap. Saya menggunakan kekunci pintas Alt+Tab, dan kadang-kadang taskbar untuk mencari tetingkap yang ingin saya buka, namun masih sukar.
Tray It!_2011-10-11_09-58-40
Salah satu cara yang saya cuba untuk mengurangkan masalah ini adalah dengan menggunakan Tray It, di mana ia dapat menyembunyikan sesebuah aplikasi daripada taskbar, mahupun Alt+Tab. Contoh aplikasi yang saya sembunyikan ialah Windows Media Player, di mana saya masih ingin memainkan lagu tetapi tidak memerlukan tetingkap WMP untuk dibuka.
Untuk menyembunyikan satu-satu aplikasi, hanya klik kanan pada butang Minimize, dan pilih “Place in System Tray”. Untuk mengembalikan tetingkap tersebut,
Windows Media Player_2011-10-11_09-57-17
Untuk mengembalikan tetingkap tersebut kepada asal, pergi kepada Tray It, klik kanan pada ikon yang berkenaan, dan pilih “Restore Window”
Greenshot_2011-10-11_10-01-53
Anda boleh muat turun Tray It di sini.

No comments:

Post a Comment