Wednesday, 11 January 2012

Tukarkan fail video kepada DVD dengan DVD Flick

Baru-baru ini saya diminta untuk menukarkan fail-fail video dari YouTube ke dalam sekeping DVD, untuk dimainkan oleh pemain DVD. DVD ini juga hendaklah diulang secara automatik dan berterusan.
Kebanyakan pemain DVD mempunyai fungsi ulangan mereka yang tersendiri, namun kadang-kala ia tidak berfungsi seperti yang diharapkan. Jadi lebih senang jika saya menetapkan ulangan tersebut pada DVD itu sendiri. Setelah mencuba pelbagai perisian, akhirnya saya berjumpa dengan DVD Flick yang mampu melakukan tugas ini.
DVD Flick adalah sangat mudah untuk digunakan. Anda boleh memasukkan video dengan menekan butang “Add title…” dan susun aturan video dengan butang “Move up”/”Move down”.
SNAGHTML1d639dd
Bagi memastikan DVD anda boleh dimainkan pada pemain DVD di Malaysia, tekan butang “Project Settings” dan tekan “Video”. Tetapkan “Target format” kepada “PAL”
Bagi memastikan DVD diulang secara automatik, tekan butang “Project Settings” dan tekan “Playback”. Tetapkan seperti berikut:
  • Pada bahagian “After a title has finished playing”, pilih “Play the next title”
  • Tandakan kotak “Loop to first title when done playing with last”
Apabila puas hati dengan video-video anda, tekan butang “Create DVD” untuk menghasilkan DVD.
DVD Flick boleh didapati secara percuma, jadi anda tidak perlu risau akan sebarang had atau watermark yang akan diletakkan pada DVD yang dihasilkan.

No comments:

Post a Comment