Wednesday 11 January 2012

Cara memasang (install) Rails pada Ubuntu Linux atau Windows

Ruby on Rails (RoR) merupakan bahasa pengaturcaraan web yang paling hangat kini, di mana ia mampu membina aplikasi web dengan pantas berbanding bahasa lain seperti PHP ataupun Java. Antara laman web yang menggunakan RoR adalah Twitter dan Groupon.
RoR adalah lebih popular pada Mac dan Linux, manakala sokongan pada Windows tidaklah sebagus mana.  Jadi, bagi sistem yang saya pasang pada komputer saya sendiri, saya memilih untuk tidak memasang RoR terus pada Windows, sebaliknya memasangnya pada Ubuntu Server yang diletakkan di dalam VirtualBox.
Artikel ini menerangkan langkah-langkah untuk memasang RoR pada Linux, serta bagaimana untuk memasangnya pada Windows melalui VirtualBox. Mari kita mula!

Pasang Ubuntu Server pada VirtualBox

(Nota: Jika anda memang menggunakan Linux (bukan melalui VM), anda boleh abaikan bahagian ini dan teruskan memasang Git.)
Bagi setup ini, saya memilih untuk menggunakan Ubuntu Server kerana saya tidak memerlukan sebarang GUI. Sebaliknya, saya SSH daripada Windows untuk menaip kod, serta menetapkan supaya Windows boleh mengakses http port 3000 pada Ubuntu Server.
Pasang Ubuntu Server pada VirtualBox
Lancarkan VirtualBox dan sediakan satu Virtual Machine (VM) baru, dan pasang Ubuntu Server di dalamnya.
Pada ruangan ‘Software selection’, anda boleh pilih ‘OpenSSH Server’ dan ‘PostgreSQL database’ supaya anda tidak perlu memasangnya secara manual nanti.
Ubuntu Server Installation
Benarkan SSH kepada Ubuntu, serta akses kepada http port 3000
Pada Windows, buka command prompt dan cd ke direktori VirtualBox (biasanya terletak pada C:\Program Files\Oracle\VirtualBox).
cd C:\Program Files\Oracle\VirtualBox
Benarkan SSH kepada Ubuntu (nota: nama “Ubuntu” bergantung kepada nama yang telah anda berikan kepada Virtual Machine anda).
VBoxManage modifyvm "Ubuntu" --natpf1 "guestssh,tcp,,2222,,22"
Benarkan Windows untuk mengakses http port 3000 pada Ubuntu
VBoxManage setextradata "Ubuntu"
"VBoxInternal/Devices/e1000/0/LUN#0/Config/guesthttp/Protocol" TCPVBoxManage setextradata "Ubuntu"
"VBoxInternal/Devices/e1000/0/LUN#0/Config/guesthttp/GuestPort" 3000VBoxManage setextradata "Ubuntu"
"VBoxInternal/Devices/e1000/0/LUN#0/Config/guesthttp/HostPort" 3000
Kini anda boleh mengakses Ubuntu melalui klien SSH seperti Putty, membolehkan anda menaip segala arahan dan kod terus daripada Windows. Anda juga boleh memaparkan output pada pelayar web anda di http://localhost:3000
Segala arahan seterusnya haruslah dilakukan pada Ubuntu.

Buat public key

Anda memerlukan public key untuk menggunakan Git. Oleh kerana anda telah menyertakan OpenSSH Server sewaktu memasang Ubuntu, anda boleh terus menggunakan arahan ini untuk membuat public key:
ssh-keygen
Terminal akan menyatakan lokasi public key anda dengan mesej seperti ini (nota: ‘muhammad’ adalah nama pengguna saya, nama anda bergantung kepada apa yang telah ditetapkan sewaktu pemasangan Ubuntu.
Your identification has been saved in /home/muhammad/.ssh/id_rsa.
Your public key has been saved in /home/muhammad/.ssh/id_rsa.pub.

Pasang Git

Kemaskini perisian apt-get anda terlebih dahulu.
sudo apt-get update
sudo apt-get dist-upgrade
Pasang git-core dan gitosis.
sudo apt-get –y install git-core gitosis
Padankan gitosis dengan public key yang telah anda buat tadi.
sudo -H -u gitosis gitosis-init < /home/muhammad/.ssh/id_rsa.pub
Setelah selesai, klon gitosis-admin pada Ubuntu anda.
git clone gitosis@ubuntu:gitosis-admin.git

Pasang RVM

Pasang pakej RVM.
bash < <(curl -s https://rvm.beginrescueend.com/install/rvm)
Jadikan RVM sebagai sebuah fungsi pada shell anda.
echo '[[ -s "$HOME/.rvm/scripts/rvm" ]] && . "$HOME/.rvm/scripts/rvm" # Load RVM function' >> ~/.bashrc
Pastikan perubahan kepada .bashrc tadi mengambil kesan.
source ~/.bashrc

Install Ruby, Rails menggunakan RVM

Terlebih dahulu, pastikan anda mempunyai kesemua komponen yang diperlukan. Taip arahan ini untuk mengetahui komponen-komponen tersebut.
rvm notes
Pasang kesemua komponen yang diperlukan oleh Rails.
sudo apt-get install build-essential bison openssl libreadline6 libreadline6-dev curl git-core zlib1g zlib1g-dev libssl-dev libyaml-dev libsqlite3-0 libsqlite3-dev sqlite3 libxml2-dev libxslt-dev autoconf libc6-dev ncurses-dev automake
Pasang Ruby dan Rails mengikut versi pilihan anda.
rvm install 1.9.2
rvm use 1.9.2
gem install rails
Anda boleh cuba membina aplikasi Rails bagi memastikan segalanya dipasang dengan betul.
rails new demo_app
rails server
Lancarkan aplikasi Rails anda pada pelayar web di http://localhost:3000
Ruby on Rails

No comments:

Post a Comment