Wednesday 11 January 2012

Terokai bandar anda dengan bantuan Google, Twitter dan Facebook

Bagi seorang yang menggunakan pengangkutan awam dan tidak mempunyai sebarangsmartphone, adalah amat penting bagi saya untuk membuat sedikit kaji selidik mengenai tempat yang saya tuju sebelum saya keluar rumah. Hanya 5 ke 10 minit sahaja masa yang diperlukan di Internet untuk membuat persediaan ini, namun ia akan menjimatkan banyak masa dan wang dalam perjalanan anda.
Sebelum anda keluar rumah, pastikan anda tahu apa yang anda hendak capai, dan ke mana perlu anda pergi.
Baru-baru ini saya ingin membuat cermin mata yang baru, namun saya tidak tahu tempat manakah yang bagus dan murah. Jadi saya ajukan soalan di Twitter dan Facebook. Social media adalah alat yang sangat bagus untuk mendapatkan cadangan.
Anda akan kecewa jika anda cuba untuk bertanya soalan yang sama pada search engine, kerana ia tidak bercakap dalam bahasa manusia. Sebaliknya, search engine berguna apabila anda sudah pasti maklumat apa yang anda ingin cari. Saya gunakan Google Maps untuk mengetahui jalan yang perlu diambil untuk sampai ke The Curve.
Sebagai persediaan, saya selalu catat alamat tempat yang dituju pada buku nota yang dibawa bersama. Bagi kemudahan pemandu teksi, adalah penting untuk anda mengetahui nama bangunan yang anda tuju, atau sebarang pusat membeli-belah / taman perumahan yang berdekatan.
Dengan alat-alat yang sedia ada seperti ini, tiada alasan untuk anda tidak keluar dan meneroka bandar anda kerana ianya sangat mudah dan murah. Jika dua tempat yang anda ketahui hanyalah rumah anda dan sekolah/pejabat, sudah sampai masanya untuk anda keluar rumah dan cuba sesuatu yang baru.

No comments:

Post a Comment